Monday, December 26, 2011

Lisa surihani & Yusry wedding Februari



PUTRAJAYA – Pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta, Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani mengesahkan akan bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada tarikh 23 Februari tahun depan.
Yusry yang juga anggota kumpulan KRU dan pengarah filem mengumumkan perkara tersebut kepada wakil-wakil media massa di sini hari ini.
“Diharap keputusan ini akan melenyapkan segala desas-desus tentang hubungan serta gosip kami selama ini,” katanya.
Dalam majlis ‘Pengumuman Istimewa’ tersebut, pasangan itu turut mengumumkan tarikh majlis resepsi perkahwinan mereka yang akan diadalkan secara eksklusif pada 26 Februari tahun depan bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Di dalam majlis tersebut, Yusri turut mengaku bahawa ibubapanya telah berkunjung ke rumah Lisa menghantar tanda dan sememangnya majlis yang diadakan di Marriott Hotel Resort & Spa ini adalah untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.
Selain itu, Yusri yang hadir bersama ibubapanya, Abdul Halim dan Zarina Fenner, tidak dapat mengulas secara jelas sama ada hak penyiaran majlis perkahwinan mereka itu telah diberikan kepada pihak Astro atau tidak.
Bagaimanapun beliau yang tidak menolak untuk menerima tajaan dari mana-mana pihak menyatakan bahawa mereka hanya mahukan sebuah majlis yang ‘simple but elegant’.
Anggota KRU itu berkata, beliau mengenali hati budi Lisa menerusi Blackberry Messenger (BBM) dan menjadi serius sejak awal perkenalan mereka.
Namun, menurut Lisa yang turut hadir bersama ibunya, Siti Amira Ahmad, menyatakan bahawa Yusri hanya berbicara mengenai kerjaya di sekitar awal perkenalan mereka yang menunjukkan kematangan bakal suaminya itu dan tidak pernah cuba memikatnya ketika itu.
Ditanya media mengenai ciri-ciri istimewa yang ada pada Lisa yang berjaya memikat hatinya, Yusri memberitahu bahawa bakal isterinya itu sentiasa memberi sokongan penuh terhadap kerjaya dan mereka saling menyintai antara satu sama lain.
Yusry sebelum itu pernah berkahwin dengan aktres terkenal, Erra Fazira di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 15 Jun 2003, namun bercerai kemudiannya pada 16 Jun 2006. – Mynewshub.my

Friday, December 16, 2011

hasil trace n color by adobe illustrator.....


by eye-nur

salam hai u alos heheh da lme rase x update blog  psl diri aku kn3 heheh wokey ney aku nk cite ney kowg tengok la kerete di ats tu heheh ney hasil keje aku gune adobe illustrator pehhh sumpah ssh mule2 menguji kesabaran buat bnde ney heheh bila da siap ney la hasil ney puas hati gak la hehhehe...thanks to my classmate yg bnyak membantu ku hehe....owh ye ney aku nk cite pic ney aku buat melalui kaedah 'TRACE'...ney la hasil nya  first time buat hehe cowi ye klu ade yg x perfact sye budak bru belajr ....BTW thanks 2 all yg visit blog aku n please follow my blog n yang cmnt kat chatbox aku TQ so much 4 your support.......

Sunday, December 11, 2011

chef riz dN Ana Dahlia nikah






PERAK – Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada Mohd. Nadzri Redzuawan,29 atau lebih dikenali dengan nama Chef Riz dan Ana Dahlia,28. Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia sah bergelar isteri kepada Chef Riz , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.

Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim.

Majlis persandingan mereka akan diadakan pada malam ini bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak. Majlis menyambut tetamu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Kg. Sg. Koyan, Pahang pada 18 Disember nanti.

Monday, December 5, 2011

SYUIB n SITI SARAH BABY....


Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti syuib dan siti sarah yang telah dikurniakan cahaya mata sulung mereka pada pagi 4 disember (semalam)..semoga kedatangan cahaya mata baru ini mengukuhkan lagi ikatan antara mereka dan memurahkan lagi rezeki mereka berdua..cute la ank syuib ney hehhehe

Thursday, December 1, 2011

kumpulan pelawak saehu di tahan kerana ganja?


Saehu adalah salah sebuah kumpulan pelawak dari Indonesia yang menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM).
Populariti Saehu dari hari ke hari semakin meningkat terutama Bocil, salah seorang anggota kumpulan tersebut.
Fizikal Bocil yang kenit itu sering membuatkan penonton terutama juri MLM tidak kering gusi dengan gelagatnya.
Namun portal hiburan Murai.com.my melaporkan ketiga-tiga ahli kumpulan ini nyaris ditahan di lapangan terbang di negara mereka sebelum ke Malaysia baru-baru ini.
Semuanya gara-gara GANJA!
Namun selepas diselidiki, pihak berkuasa akhirnya melepaskan kesemua mereka kerana daun yang pada mulanya disangka ganja itu cumalah kostum daun yang direka khas untuk dibawa ke Malaysia bagi menyertai pertanding MLM, pergh!
Daun itu diambil di rumah salah seorang ahli kumpulan berkenaan.
Nasib baiklah ia bukan ganja, kalau tak terlakarlah sejarah ketiga-tiga pelawak itu ditahan kerana memiliki dadah.
Aduhhhh….pasal daun pun bisa bikin ribut ya pa?